Sejarah sembahyang jumaat yang pertama dan dalilnya

Friday, March 09, 2018


Hari jumaat selalu dikaitkan dengan solat jumaat, dan AD tertanya tanya bagaimana dan dimana wahyu mengenai solat jumaat pertama diturunkan. 

Nabi SAW bersabda mengenai hari Jumaat:
“ Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya ialah hari Jumaat. Pada hari Jumaat Adam diciptakan, pada hari Jumaat pula dia masuk ke dalam syurga, dan pada hari Jumaat pula dia di keluarkan daripadanya. Dan tidak sekali-kali hari kiamat terjadi pada hari Jumaat.” [2]
Diberi nama hari Jumaat kerana orang ramai berhimpun pada hari itu untuk mengerjakan Ibadah pada hari Jumaat. Hari Jumaat juga merupakan hari raya mingguan umat Islam yang datang secara berulang setiap minggu. Rasulullah SAW memerintahkan supaya menghadiri dua khutbah dan mengikuti solat Jumaat, serta mengingatkan umatnya daripada memandang rendah akan masalah ini. Untuk itu, Baginda menjelaskan bahawa meninggalkan solat Jumaat mengakibatkan seseorang terhina dan hatinya dikunci mati oleh Allah SWT. 

Dalilnya:
Daripada Ibn ‘Umar dan Abu Hurairah ( r.anhuma ), bahawa mereka berdua pernah mendengar Rasulullah SAW berkhutbah diatas mimbar:
“ Hendaklah setiap kamu benar-benar menghentikan kebiasaan mereka meninggalkan solat Jumaat atau Allah benar-benar akan mengunci mati hati mereka, kemudian mereka benar-benar termasuk orang yang lalai.” [3]
DALIL PENSYARIATAN

Dalil pensyariatannya berdasarkan firman Allah SWT didalam surah al-Jumu’ah ayat 9, maksudnya:
“ Hai orang-orang yang beriman, apabila diseur untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli.”
Solat Jumaat difardukan di Mekah, tetapi masih belum dilaksanakan kecuali setelah Nabi SAW berada di Madinah memandangkan saat itu kaum Muslimin masih belum memiliki kekuatan. Solat Jumaat yang pertama dilakukan oleh Nabi SAW ialah kalangan Bani Amr Ibn Mu’adz yang terletak diantara Quba’ dan Madinah, secara tepatnya di lembah Ranunah. [4]

Dalil daripada ayat al-Qur’an ini dikuatkan lagi dengan beberapa hadis, antaranya:

1. Daripada Abu Hurairah ( r.a ), bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“ Kita adalah umat yang terakhir, tetapi pada hari Kiamat nanti, kita akan menjadi umat pertama yang akan dihisab, perbezaannya hanyalah mereka diberi Kitab ( Taurat dan Injil ) sebelum kita dan kita menerimanya sesudah mereka. Kemudian hari ini merupakan hari yang diwajibkan melaksanakan ibadah kepada mereka, tetapi mereka berselisih pendapat, sedangkan kita diberi petunjuk oleh Allah untuk mengetahui dan memuliakan hari seperti ini. Oleh itu, orang-orang sebelum kita menjadi pengikut kepada kita. Jadi, orang-orang Yahudi melaksanakan ibadahnya pada hari esok ( Sabtu ), sementara orang-orang Nasrani pada hari lusa ( Ahad ).” [5]

2. Daripada Thariq bin Syihab ( r.a ), daripada Nabi SAW:
“ ( Sembahyang ) Jumaat adalah tanggungjawab yang wajib ke atas setiap orang Islam.” [6]

3. Dari Ibn Mas’ud ( r.a ), bahawa Nabi SAW memberi peringatan kepada orang-orang yang meninggalkan solat Jumaat dengan bersabda:
“ Sebenarnya, aku berniat hendak menyeruh seseorang menjadi imam kaum muslimin agar mereka mengerjakan solat secara berjemaah, lalu aku pergi membakar rumah orang-orang yang meninggalkan solat Jumaat itu.” [7]

 kredit to Abdullah Mutazahhid

14 comments:

Powered by Blogger.